Old Toys
Anything here
#Buddys
Saturday, 18 January 2014
NUR AMIZA BINTI MOHD AMIN! How dare you tinggalkan kami? T.T 

Assalamualaikum. Kali ini aku nak cerita kan tentang apa yang dah berlaku semalam. Semalam merupakan majlis perpisahan antara aku dan salah satu buddys aku, Amiza. Dia telah diterima masuk ke salah sebuah Kolej Vokeysional minggu lepas. Hmmm, terkezut kot aku dengar berita tuhh, sedih? jangan cerita ahh. Tsunami dah rumah aku ni. #Ayatpoyo Dah la dia ni geng aca-aca gangster aku, baru jer nak jadi team youngdo, dia dah nak blah. Maybe takdir dah mengarahkan dia untuk pindah. Nak buat cemana kan ? Aku nak ceritakan apa yang telah berlaku semalam. Tepat pukul 11.40 pagi aku,dayah dan atikah dah terpacak depan rumah Miza. Dengan berbaju kurung bagaikan nak raya ni, kita orang pun masuk lah dalam rumah dia. Ingat kan kami je tetamu nya, padahal dah ada 4 lagi tetamu sedang menunggu di dalam rumah. Anis, Zyza, Ain and Nabilah. Disebabkan perut dah terlampau lapar. Aku lah orang pertama yang melantak, diikuti oleh yayah. Haha. Dah selesai makan. Mulalah sesi tangkap gambar. Aku jadi photographer, so gambar akutotally takde. Kalau ada pun, dorang ahh yang tangkap. Kejam.
Sebelum itu, kita orang masing-masing balik tukar baju dulu. Kecuali atikah, dia je tak tukar. Rumah jauh sangat. Dah selesai tukar baju. Kumpul balik kat rumah Miza. Time tu aku rasa happy sangat. Gelak-gelak, posing-posing, haha time tu sumpah akan aku kenang.Ni hah gambar nye...



Tak semua aku post laa and ni baru kat rumah Miza. Belum gerak mana-mana lagi. Continue. Disebabkan cuaca terlampau panas. Kita orang pergi la 'BubbleTea Buzz'. Untuk keringkan tekak masing-masing. Disebabkan semalam hari special Miza, aku pun belanja ahh dia secawan. Lepas tu pergi MU. Beli barang keperluan Miza sebelum dia berangkat. Dah siap minum + beli barang. Nadiah decide pergi satu tempat ni buat photoshoot. Mengalahkan artis Bukan jauh mana pun, dekat kg delek kiri, dekat dewan seberguna tu laa. Kita orang lepak laa kat situ. Masing-masing cuak geng-geng lelaki 3 Maju lepak kat situ. Ahaha...


Ni kat dalamnye. Still takut. haha


Sebenarnya ada banyak lagi gambar but malas nak upload. Apa-apa pun aku tetap happy semalam. Lepak dengan geng buddys. Kami tak leh nak lepak lama sebab hari dah nak hujan. Kejammm 
So, apa-apa pun aku harap yang Amiza akan jumpa kawan-kawan yang baik kat sana. Walaupun bukan macam kami. #lolsperasan Harap kita boleh kumpul and lepak sesama lagi. And harap kau dapat keputusan yang baik SPM nanti. perghh, dah jauh dah aku ni. Hahaha. Kami akan rindukan kau kat kat sini. Kami akan sayang.. Wait! kita orang bukan lesbian nak bersayang-sayang ni. Cuma kita orang akan sayang kau sebagai kawan dunia akhirat. Haha.. Belajar rerajin kat sana, capai apa yang kau nak. Jangan nak berkpop sangat lah. Aku tau cita-cita kita semua berbeza, so aku tak halang kalau kau nak kejar cita-cita kau. Amin. Lepak lagi jom bile kau free?


←newer post
older post→